"Bila Allah memakbulkan doamu, makaDia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, sentiasalah kita bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. "

Sunday, February 24, 2008

~Renungan Bersama~

Firman Allah:

"Demi sesungguhnya! Akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang mereka apabila ditimpa kesusahan mereka berkata," sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jua kami kembali.

surah al-baqarah: 155-156
sabda Nabi:
" Apabila Allah sayangkan hambaNya pasti Dia akan uji hambaNya itu."

No comments: